HOMEPAGE PEMBELAJARAN
FIZIK SAINS DAN TEKNOLOGI ULTRASONIK
TEKNOLOGI ULTRASONIK DALAM
PERIKANAN
PENGENALAN Kemajuan
pesat dalam bidang sains dan teknologi ultrasonik membolehkan berbagai
alat dicipta seperti sistem sonar dan penduga gema. Untuk membantu nelayan
mengatasi masalah pengesanan kawasan perikanan.
Ciri
gelombang ultrasonik
Gelombang
bunyi yang melebihi had pendegaran atas manusia iaitu lebih daripada
20KHz.
Mempunyai
kemampuan untuk merambat dalam medium air laut dengan kelajuan tinggi iaitu
lebih kurang 1500m/s.
Sudut
serakan yang boleh dikawal tetapi bergantung kepada rekabentuk transduser.
Gelombang
ultrasonik dipantul apabila ia merambat melalui medan yang berlainan ketumpatan
seperti dasar laut, batu-batan dan ikan.
Gelombang
ultrasonik boleh diguna mengikut frekuensi yang dikehendaki.
Gelombang
pada frekuensi rendah digunakan untuk mengesan jarak dekat dan Gelombang
pada frekuensi tinggi untuk jarak jauh.
Sifat
akustik ikan
Setiap
bahagian pada ikan seperti pundi udara, rangka bertulang dan tisu badan
menyumbang gema yang berlainan amplitud.
Dimensi
bahagian ikan yang berlainan samada terletak dikawasan Rayleigh ( lebih
kecil daripada gelombang )atau dalam kawasan geometrik (lebih besar dari
jarak gelombang).
Kesan
bergantung kepada pergerakkan dan kebolehan pantulan dengan cara komplek.
Gema yang
dihasilkan oleh pelbagai bahagian ikan saling menggangu antara satu sama
lain saling memberikan rajah polar bagi serakan ke belakang dalam tiga
dimensi dengan berbilang lob.
Gema lebih
besar di bahagian sisi dan kecil pada bahagian ekor.
Gelombang-gelombang
ultrasonik yang dijana akan diserap oleh tranduser piezoelectric.
KAEDAH
Struktur
penduga gema .Mempunyai 4 komponen:
Pemancar
Bahagian
penduga yang menjana dan keluarkan gelombang elektrik.
Tranduser
terdiri
daripada hablur quartza piezoelektrik yang menukarkan getaran elektrik
kepada gelombang ultrasonik dan dipancarkan keluar ke dalam medium.
Tranduser
juga dapat mengesan gelombang ultrasonik yang dipantulkan.
Penerima
Penerima
adalah bahagian yang terima gelombang ultrasonik elektrik daripada tranduser.
Gelombang
digunakan supaya ia dirakamkan.
Perakam
Bahagian
penduga gema yang dapat menerima maklumat elektrik yang telah dijadikan
daripada penerima.
Maklumat
ini dikeluarkan pada skrin pemancar katod.