HOMEPAGE
PEMBELAJARAN FIZIK SAINS DAN TEKNOLOGI
ULTRASONIK
 SOALAN UJIAN

 
 
 
 
 
 
 


Soalan Fizik Ultrasonik Set III 


1. Dalam pematrian ultrasonik terdapat banyak kaedah pematrian yang digunakan antaranya seperti berikut kecuali 

a. Pematrian SEAM. 
b. Pematrian SPOT. 
c. Pematrian FUNCTION. 
d. Pematrian FUSSION. 

 

2. Dalam perikanan teknologi ultrasonik digunakan untuk mengesan kawasan mempunyai kebarangkalian ikan yang tinggi dan peralatan yang digunakan adalah penduga gema. Yang manakah struktur pada penduga gema adalah tidak betul. 

a. Pemancar. 
b. Tranduser. 
c. Penerima 
d. Pengesan. 

 

3. Proses kehamilan dapat dikesan pada awal minggu kelima dan pada minggu ke- 30 pula jantina mungkin dapat ditentukan . Yang manakah teknik yang digunakan untuk menjangka tarikh kelahiran bayi. 

a. Pengukuran garis pusat kepala dari teknik sonografi ultrasonik. 
b. Dari gerakan fetus pada skrin komputer. 
c. Pengukuran saiz kepala bayi dalam kandungan. 
d. Maklumat dari degupan jantung bayi. 

 

4. Teknik ultrasonik diaplikasi dalam dalam bidang perubatan, contohnya dalam perubatan mata dan bidang ini dinamakan 

a. Optamologi. 
b. Nuerology. 
c. Obstetrik. 
d. Encefalografi. 

 

5. Dalam bidang Obtertrik teknik yang digunakan dinamakan sonografi. Apakah kaedah yang digunakan dalam teknik ini 

a. Keupayaan gelombang perambatan ultrasonik. 
b. Kaedah pantulan gelombang. 
c. Kaedah belauan gelombang ultrasonik. 
d. Kaedah pembalikan gelombang ultrasonik. 

 

6. Penggunaan gelombang ultrasonik banyak membantu proses pengesanan penyakit dalam bidang perubatan . Fungsi berikut yang manakah tidak betul 

a. Mengenalpasti usia bayi dalam kandungan melalui ukuran badan dan 
          kepala.
b. Memastikan tumbesaran bayi dalam badan. 
c. Mengesan kecacatan bayi pada organ atau anggota fizikal. 
d. Mengukur panjang mata dan lebar mata. 

 

7. Encefalografi adalah  satu bidang dalam bidang perubatan yang menggunakan gelombang ultrasonik dalam 

a. Pemeriksaan bahagian tulang belakang. 
b. Pemeriksaan bahagian abdomen manusia. 
c. Pemeriksaan mata dan bahagian muka. 
d. Pemeriksaan bahagian kepala dan otak manusia. 

 

8. Ada berbagai kaedah yang digunakan untuk membuat pengukuran dalam bidang encefalografi tetapi yang biasa digunakan ialah 

a. Kepala diukur dari unision dan inion iaitu kaedah A B, C. 
b. Diukur dibahagian tepi telinga. 
c. Diukur dibahagian muka. 
d. Diukur dibahagian belakang kepala hingga ke bahagian tepi telinga. 

 

9. Terdapat kebaikan dan keburukan dalam penggunaan gelombang ultrasonik dalam perubatan.  Langkah berjaga-jaga perlu diambil antaranya seperti berikut 

a. Keamatan tenaga ultrasonik yang digunakan. 
b. Keamatan frekuensi yang digunakan. 
c. Dos sinaran yang diterima oleh pesakit dan pengendali. 
d. Masa tenaga ultrasonik dipancarkan. 

 

10. Dalam teknik Sonografi dengan menggunakan pembalikan ultrasonik untuk bidang obtertrik , gelombang yang digunakan adalah

a. Gelombang membujur. 
b. Gelombang melintang. 
c. Gelombang permukaan. 
d. Gelombang Lamb. 


PANDUAN
RUJUKAN
ANIMASI
UJIAN
BUKU PELAWAT
LINK
E-MAIL