HOMEPAGE PEMBELAJARAN
FIZIK SAINS DAN TEKNOLOGI ULTRASONIK
APLIKASI ULTRASONIK DALAM
PERUBATAN
PENGENALAN
Keupayaan
gelombang ultrasonik merambat dalam berbagai media telah diekploitasikan
ke dalam bidang perubatan terutama dalam teknik diagnosa yang lebih dikenali
sebagai sonografi yang dijalankan dengan kaedah pembalikan gelombang ultrasonik.
Kaedah
ini hanya melibatkan gelombang membujur kerana ciri-ciri mekanik tisu badan
yang sama.
Teknik
ultrasonik membolehkan kedalaman tisu, saiz organ diketahui. Contohnya
saiz kepada janin dan organ-organ laindapat diukur dengan tepat.
Teknik
ultrasonik juga digunakan untuk mengesan dan mengetahui halaju objek seperti
kadar aliran darah ke jantung, degupan jantung dan kadar pernafasan.
CIRI
- CIRI PENTING PENGUNAAN ULTRASONIK
Kaedah
gema impuls atau lebih dikenali sebagai dedenyut gema dengan kadar ulangan
1000 per unit masa atau KHz.
Tranduser
diletakkan secara terus kepada bahagian yang diperiksa.
Imej
organ yang diperiksa osiloskop melalui kaedah holografi ultrasonik.
PENGUNAAN
TEKNIK DENYUT GEMA
Sonografi
sesuai digunakan bagi tujuan pemeriksaan struktur tisu lembut kerana ciri-ciri
lembut impedans yang tidak jauh bezanya diantara tisu-tisu mengizinkan
kuasa penembusan yang tinggi.